Program Infaq Telekung dan Sejadah ini adalah program infaq atau wakaf telekung yang kami akan hantarkan kepada pelajar perempuan di pusat tahfiz, Madrasah dan juga rumah anak yatim.
Kebanyakan tahfiz atau rumah anak yatim ini, mereka menyatakan hasrat kalau ada telekung yang diwakafkan kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan telekung yang sama sepanjang tahun sehingga sudah luntur.
Kami di Siti Khadijah mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan Program Infaq Telekung & Sejadah ini setelah mengambil kira keperluan anak anak ini dan juga kelebihan kepada para pewakaf dengan mewakafkan Telekung dan sejadah yang terbaik, berkualiti dan selesa.
Mewakafkan Telekung dan sejadah yang digunakan untuk ibadah solat pasti memberi kelebihan dan ganjaran pahala yang besar. Bayangkan Setiap kali mereka solat menggunakan telekung dan sejadah yang kita wakafkan, pahalanya turut sama mengalir kepada kita yang mewakafkan, InsyaAllah.
" KELEBIHAN MEWAKAFKAN TELEKUNG"
Semoga Dengan Mewakafkan Telekung ini, kita tergolong dikalangan yang mengajak kepada kebaikan. Seperti hadith :
Baginda SAW bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun."
(Riwayat Muslim)
" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH "
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Setiap pembayaran dan penyertaan Infaq telekung ini, akan diberikan resit dan juga sijil penyertaan. Pihak Kami juga akan update gambar dan juga lokasi penghantaran kepada setiap pewakaf selepas telekung tersebut dihantar, InsyaAllah.
Jika pihak tuan/puan berminat untuk mewakafkan Telekung dan sejadah bersama kami , kami menyediakan harga ini untuk memudahkan urusan tuan/puan :
Infaq Telekung 1 penama : RM60
Infaq Sejadah 1 penama : RM40
![]()
Bank : MAYBANK
Nama Akaun : BILLIONAIRE BEAUTY SDN BHD
No Akaun : 564892165249
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay , selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Untuk pembayaran menggunakan DEBIT/CREDIT boleh menggunakan payment gateway STRIPE.